Aktivitiku 2002

Aktivitiku 2002
Tangga purba di Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Wednesday, January 30, 2013

Perginya seorang arkeologis Malaysia

Assalamualaikum wbth, salam sejahtera, daa jia hao, vanekem.

Sebenarnya saya agak terlewat untuk menuliskan hal ini di sini kerana kekangan waktu yang sangat menghimpit. Saya merujuk kepada kepulangan Sdr Adi Taha (rahimahullah) ke pangkuan Allah buat selama-lamanya. Pertamanya saya memanjatkan doa semoga dia telah diampunkan oleh Allah sebelum ajalnya dan seterusnya rohnya ditempatkan di sisi orang yang mendapat rahmatNya. Di sini saya mengimbas sedikit sebanyak sejarah perkenalan saya dengan beliau. Saya mula terjun dalam bidang arkeologi ini secara serius pada penghujung tahun 1997. Waktu itu saya masih belum mengenali beliau. Bilamana saya selalu berada di kampus, setiap jumaat saya akan bersolat jumaat di Masjid Akademi Islam Universiti Malaya. Di sana saya sering bertemu beliau tetapi saya tak pernah tegur sebab saya tak kenal. Semasa saya dihantar oleh Leong Sau Heng ke Lembah Bujang pada September 1997 untuk belajar kaedah ekskavasi daripada Supian Sabtu juga saya masih tak kenal beliau. Begitu juga semasa saya mengikuti ekskavasi di Lembah Bernam pada November 1997 juga saya masih belum mengenali beliau. Hanya apabila saya menghadiri salah satu forum di Jabatan Muzium dan Antikuiti pada awal tahun 1998 dan Leong Sau Heng memperkenalkan saya kepada beliau, barulah saya realised bahawa itulah orang yang bernama Adi Taha. Dan, ketika itu dia juga cam saya. Dia kata "saya selalu berjumpa dengannya di masjid".

Alhamdulillah perkenalan pertama saya dengan arwah sebenarnya bermula di masjid meskipun kami tak pernah saling tegur-menegur tetapi sudah saling cam-mengecam. Perkenalan kami seterusnya menjadi lebih rapat apabila saya bersama Leong Sau Heng telah berjumpa dengan arwah di pejabatnya pada pertengahan tahun 1998 untuk memohon peruntukkan ekskavasi arkeologi di Gua Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah. Alhamdulillah, ekskavasi tersebut telah berjaya dan sewaktu di lapangan, beliau telah melawat kerja-kerja penggalian kami.

Pada bulan April 2001, saya telah ditemuduga untuk jawatan kurator dan beliaulah yang menemuduga saya bersama seorang lagi pegawai di JPA. Kemudian pada 28 Julai 2011, saya telah melapor diri sebagai kurator di JMA dan orang pertama yang saya jumpa ialah arwah Adi Taha. Bermula dari itu dia menjadi bos saya. Sepanjang saya menjawat jawatan kurator, banyak pengalaman pahit manis bersama beliau. Satu perkara yang sangat tersemat di dada saya ialah, beliau seorang yang pemurah terutamanya hal duit. Kalau ada masalah duit sikit-sikit, arwah tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan. Pernah sekali seorang profesor dari Jepun datang ke JMA dan arwah meminta saya membawanya pergi melawat tapak di Melaka. Waktu tu saya tak banyak duit, dia hulurkan duit peribadi utk minyak dan tol tapi saya tolak. Bukan berlagak tetapi segan. Beliaulah yang bertanggungjawab membawa saya ke IPPA Congress di Taiwan pada tahun 2002, beliau juga yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai ekskavasi arkeologi di Kota Bukit Malawati, Kuala Selangor dan meluluskan peruntukkannya. Beliau juga yang menegur laporan saya sekembalinya dari Taiwan, untuk tujuan penambahbaikan dan banyak lagi yang tak mungkin dapat saya coretkan dalam ruang dan kesempatan yang singkat ini.

Sewaktu saya meninggalkan JMA, beliau bercakap kepada saya secara peribadi yang dia sebenarnya berat hati nak melepaskan saya tetapi beliau tidak ada hak untuk menghalang keinginan saya untuk beralih tempat kerja. Saya juga agak sedih pada ketika itu dan terus terang saya katakan, kata-katanya membuatkan saya serba salah dan dilema. Selepas saya meninggalkan JMA, beliau tidak melupakan saya, saya dijemput untuk bersama-sama menjadi penyelidik untuk mencari Kota Purba Lenggiu pada tahun 2004 dan kemudian mengikuti program Trans-border archaeology bersama kerajaan Thailand di Selatan Thai dan utara Malaysia pada tahun 2005. Lawatan IAAM ke Manila pada Julai 2009 yang lalu nampaknya menjadi program bersama kami yang terakhir. Berdasarkan kepada tindakannya kepada saya dan juga kepada kawan-kawan yang lain, saya tahu niatnya suci iaitu untuk melahirkan pelapis arkeologi di Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti atau JMM pada hari ini. Justeru, terserah kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk terus menapak maju ke hadapan sebagai arkeologis. Catatan dari seorang anak murid kepada gurunya.

28 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya ingin bertanya tentang jurusan arkeologi ini.Saya adalah pelajar yang berasal dari Perak dan tahun ini,tahun 2013,saya akan menghadapi SPM tidak lama lagi.Saya tertanya-tanya pada diri saya,apakah jurusan yang mahu saya sertai setelah memasuki ke universiti.Saya amat meminati mata pelajaran Sejarah dan guru saya mengesyorkan saya untuk memasuki jurusan arkeologi.Saya cuba menyelidik tentang jurusan ini dan saya amat meminatinya.Saya cuba mencari universiti manakah yang ada menawarkan jurusan arkeologi,tetapi hampa.Saya tidak menjumpai mana-mana universiti yang menawarkan jurusan arkeologi ini.Jadi,saya berharap saudara sudi membantu saya mencari universiti yang ada jurusan arkeologi.Saya benar-benar mahu mengikuti bidang arkeologi.Jika saudara mahu membantu saya,ini saya sertakan alamat email saya: wazabraniac@yahoo.com .Terima kasih.Kerjasama saudara amat saya hargai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam kepada saudara/i yang bertanya. Soalan yang menarik. pertamanya saya ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini dan say amohon jutaan kemaafan kerana lambat menjawab persoalan. saya sendiri dah lama tak kunjungi blog ini. InsyaALlah lepas ni kerap sikitlah kot. Tentang jurusan arkeologi di universiti2 tempatan di Malaysia. Di UPSI kita ada Jabatan Sejarah yang menawarkan 2 kursus berkaitan dengan arkeologi buat masa ini. Dan, berita yang saya kira boleh menggembirakan saudara ialah, Jabatan Sejarah sedang memohon kelulusan daripada KPT untuk satu program baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Heritologi. Ini merupakan satu-satunya program ijazah yang ditawarkan di Malaysia. InsyaAllah ia akan ditawarkan mulai semester 1 sesi 2014/15 atau mungkin lebih awal daripada itu. jadi, saya harap saudara ambil STPM dahulu dan kemudian mengambil ijazah ini. Kelebihannya ijazah ini ialah, pelajar akan diajar bukan sahaja untuk mengetahui bidang2 dalam sejarah dan warisan atau heritologi termasuklah arkeologi dan permuziuman tetapi juga diajar bagaimana untuk membuat produk berbentuk dokumentari sejarah dan warisan. Dengan itu graduan boleh bekerja di banyak syarikat, badan2 kerajaan dan malah boleh buat kerja sendiri. Di universiti lain seperti di USM, kursus arkeologi hanya lah merupakan kursus minor sahaja dan bukan major tetapi di sana, terdapat Pusat penyelidikan Arkeologi Global. Di UM juga terdapat beberapa paper arkeologi dalam Jabatan Sejarah sementara di UKM, kursus ini telah dihapuskan. Di UMS, bidang arkeologi secara khusus tidak jelas tetapi ada kursus arkeologi untuk peringkat sarjana. Untuk memilih bidang yang sesuai, saudara perlu melihat prospek atau masa depan. Iaitu, kemana hendak dituju selepas bergraduan? Tunggu kerja, mencari kerja atau membuat kerja? Sebab itulah kita mesti mencari kursus/bidang yang boleh menyediakan kita menghasilkan kerja sendiri tanpa perlu menunggu kekosongan di jabatan2 kerajaan dan sebagainya. Perkara ini telah lama difikirkan oleh tenaga kerja/pensyarah di Jabatan Sejarah UPSI dan pengenalan kepada program baru ini adalah salah satu usaha penyelesaiannya. Saya harap jawapan ini boleh membantu. Terima kasih. Wassalam

      Delete
  2. abg boleh tolong bg pendaapat mcm mna nk masuk aliran arkeologi ini?saya nk minta pendapat?saya budak baru habis spm 2013 tahun 2014 baru dapat result?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masuk ke dalam bidang ni di Malaysia, kena ada STPM lepas tu barulah mengambil jurusan Sains sosial dan kemanusiaan di mana2 universiti. Setakat ini hanya UPSI, UM, USM yang menawarkan program ini di peringkat sarjana muda. Untuk peringkat Sarjana (master) dan PhD, ada ditawarkan di UPSI, UM, UKM, UMS dan USM. Sdri Farhana juga boleh je masuk jurusan sains di peringkat sarjana muda tetapi di peringkat sarjana nanti boleh mengambil bidang arkeologi sebab arkeologi ni multidisiplin.

      Delete
  3. jika saya ingin mengambil jurusan arkeologi tetapi saya tidak mahu mengambil STPM .macam mana ? tolong email saya di dianseobiey@gmail.com .terima kasih .

    ReplyDelete
  4. Sya bru hbis stpm...klau brminat dlm arkeologi mmg kena mohon sains sosial dan kemanusiaan ke?sejarah arkeologi 2 akn jdi subjek minor atau major?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Major boleh, minor pun boleh. tapi kena tengoklah... kadang2, kursus arkeologi tidak ditawarkan kepada pelajar minor.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Aha... sory lambat balas. Terima kasih atas minat saudari Nurul Azlia. Nak jadi arkeologis dan nak jadi pelajar arkeologi di peringkat sarjana muda adalah dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai kaitan. Kalau nak jadi arkeologis, tanpa digree, boleh je apply jadi pembantu warisan di Jabatan Warisan negara atau di mana2 Jabatan Muzium yang ada unit arkeologi. Biasanya jabatan muzium malaysia, muzium2 negeri ada unit arkeologi. Daripada situ boleh kembangkan potensi sebagai seorang ahli arkeolog. hak ni tak perlu ada STPM dan digree.
    Kalau nak belajar arkeologi diperingkat sarjana muda, perlu ada stpm atau matrikulasi atau diploma dan kemudian ambul jurusan sains sosial. Oleh kerana kebiasaannya kursus arkeologi ni ada dalam bidang sejarah, maka ambillah kursus sejarah... di sana nanti anda akan menemui kursus arkeologi.

    ReplyDelete
  7. Salam saya pelajar stpm yang mendapat 3.75 saya amat ingin menyambung pengajian di um dalam bidang ini..adakah saya layak memohon? Memandangkan ramai yang telah berkata bahawa um adalah universiti yang susah masuk.. Hmmmm

    ReplyDelete
  8. Salam saya pelajar stpm yang mendapat 3.75 saya amat ingin menyambung pengajian di um dalam bidang ini..adakah saya layak memohon? Memandangkan ramai yang telah berkata bahawa um adalah universiti yang susah masuk.. Hmmmm

    ReplyDelete
  9. Salam , abg , saye nak bertanye pasal jurusan arkeology ni , saye dah ambil dip dalam jurusan IT , saye bercadang lepas graduate dip saye nak ambil degree dalam jurusan arkeology , saye ingin meminta pendapat abg yunus lah ,

    ReplyDelete
  10. Tuan/Encik, saya telah kongsikan soalan saudara-saudari serta jawapan tuan di 'Facebook group' (Arkeologi dan Sejarah Malaysia) :
    https://www.facebook.com/groups/386439154894456/

    Jikalau tuan/encik tidak bersetuju, tuan boleh beritahu saya supaya saya boleh padamkan 'posts/entries'.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum En Yunus..
    Alhamdulillah selepas terjumpa blog En Yunus, saya lebih faham tentang bidang arkeologi ini. Saya ibu kepada anak yang sedang menunggu keputusan PT3. Aesyah sangat berminat dengan bidang ini. Saya kurang pasti apakah aliran yang patut diambil, Sains atau Sastera? Diharapkan semoga En Yunus dapat membantu.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,saya ada pertanyaan,boleh kah saya ambil ijazah arkeologi tanpa perlu mengambil STPM.Misalnya,saya ambil diploma perguruan,kemudian saya ambil ijazah arkeologi tanpa STPM,mohon dijelaskan kerana saya amat meminati bidang arkeologi sejak sekolah rendah dan saya begitu obses dengan nya

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..saya calon spm2015..sy ingin bertanya bagaimana cara untuk sy mlanjutkn pelajaran dlm jurusan arkeologi..sbb sy terlalu meminati sejarah..tapi dalam msa yg sama sy bakal mnduduki sijil tinggi agama malaysia STAM pada hujung tahun 2016 kelak..sila beri nasihat kepda sy..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam.. Kalau berminat dengan bidang arkeologi ini, nak ambil diploma tu agak2 diploma apa ye yg sesuai?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,pelajar arkeologi belajar fasal teori arkeologi ke pada peringkat sarjana muda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya pelajar sejarah di ums saya ingin bertanya tentang prof madya dr leong sau heng. Saya ada assignment berkaitan beliau dalam subjek pengantar arkeologi saya. Terima kasih saya ucapkan jika anda respon.

      Delete
  17. Assasmualaikum ,saya budak spm 2017 yang amat berminat dengan jurusan arkeologi nie .Boleh tak encik bagi tahu langkah -langkah nya
    1)
    2)
    ....
    apa steps yang perlu saya lakukan untuk memasuki jurusan arkeologi ini .boleh e-mel kat e-mel saya hannanisnhshoko@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, boleh saya tahu, nama-nama syarikat swasta berkaitan arkeologi atau konservasi yang terdapat di Malaysia yang tuan tahu.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum encik,saya amik dip pengajian Islam(sejarah & tamadun Islam) . persoalan saya,boleh ke saya amik bidang arkeologi SBG kerja.ataupon lps dip jurusan ape yg sesuai UTK melayakkan saya mnjd arkeologi time amik degree?

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum kalau nak sambung stpm untuk bidang arkeologi subjek apa yang perlu diambil?Bolehkah saya pelajar yang beraliran astera menjadi ahli arkeologi?

    untuk maklum balas hannaasofiaa@gmail.com

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum , jika saya minat dalam bidang arkeologi tapi saya kurang minat perkara menghafal , dan minat dalam perkara kiraan ? adakah saya disarankan mengambil bidang arkeologi

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum , nak minta pendapat hya perlu subjek sejarah sahaja atau ada subjek selain daripada subjek sejarah untuk ambik bidang arkeologi ni?
    Saya berminat untuk ambik bidang ni , sbb tu bertya soal ni☺️

    ReplyDelete