Aktivitiku 2002

Aktivitiku 2002
Tangga purba di Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Wednesday, March 12, 2014

MH370 dan Arkeologi

Assalamualaikum wbth, salam sejahtera, daa jia hao, vanekem om kopisanangan kosuabon kumaa tobpinai ngawi. Pertamanya saya seperti kebanyakkan warganegara Malaysia yang lain mendoakan agar 'kehilangan' pesawat MH370 akan ditemui dalam masa terdekat ini. Doa dan harapan saya panjatkan kehaderat Allah azzawajal semoga para penumpang pesawat tersebut dirahmati Allah hendaknya. Ketika saya menulis catatan ini, usaha pencariannya sudahpun masuk hari kelima. Saya tidak akan mengulas tentang 'kehilangan' pesawat tersebut kerana ia bukan kepakaran saya. Walau bagaimanapun saya akan melihat isu tersebut dalam konteks arkeologi dan warisan negara. Ramai mungkin tertanya2, apa kaitannya? Selama tempoh pencarian pesawat tersebut, berpuluh2 kapal laut dan kapal udara digunakan. Ada di antara kapal pencari ini yang mempunyai kelengkapan teknologi canggih seperti sonar. Pergerakan mereka bebas tanpa disekat atas nama bantuan kemanusiaan kepada Malaysia. Saudara-saudari sekalian, usaha ini ada baik dan buruknya dalam konteks arkeologi dan warisan. Kita sedia maklum bahawa perairan kita ini merupakan laluan perdagangan antara timur dan barat selain daripada laluan perdagangan dalam kalangan nusantara semenjak sebelum masihi lagi. Tentunya banyak kapal yang telah karam di perairan kita. Ada yang telah ditemui dan banyak juga yang belum ditemui. Kapal2 karam ini mempunyai nilai warisan dan nilai keantikan serta nilai ekonomi yang besar. Kalau tidak, takkan syarikat2 penyelaman sanggup membuat kerja2 yang merbahaya semata-mata untuk mendapatkan artifak2 tersebut. Dengan adanya kesempatan kapal2 asing yang mempunyai kecanggihan teknologi yang tinggi serta kapal2 'nelayan' yang diberi kebebasan untuk belayar dan mengesan objek2 di dasar laut kita bermakna semua harta warisan negara tersebut terdedah secara 'percuma' kepada mereka. Saya percaya mereka tidak akan melakukan penyelaman untuk mendapatkan artifak2 tersebut pada masa sekarang tetapi mereka boleh sahaja melakukannya pada masa akan datang setelah mengetahui kedudukannya. Ataupun mereka juga boleh menjual maklumat tersebut kepada antikurian2 yang sedang menunggunya. Nah, kalau ini yang berlaku, bukankah ia satu kerugian besar kepada negara? Semoga semua ini hanya andaian semata-mata dan tidak menjadi realiti... hu hu hu huhu... Yunus Sauman Sabn.