Aktivitiku 2002

Aktivitiku 2002
Tangga purba di Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Thursday, March 1, 2012

Aktiviti Khidmat Masyarakat oleh Fakulti Sains Kemanusiaan 2011

Asslamualaikum wbth, salam sejahtera, daa jia hao, vanekem, kotoluadan.

Saya nak post kan satu aktiviti yang telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Kemanusiaan pada pertengahan tahun lepas. Aktiviti ni memang dah lama tetapi sebagai makluman, catatan sejarah dan juga rujukan kepada sesiapa yang ingin menjalakan aktiviti seperti ini. Mungkin ada di kalangan kalian di luar sana yang berminat untuk merancang dan melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat seperti ini pada masa akan datang. So, bolehlah tengok-tengok mana-mana yang boleh diambil contoh.

Aktiviti ini dijalankan pada 18-24 Jun 2011. Ia dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi dan pelaksanaannya telah dipertanggungjawabkan kepada Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Program ini telah melibatkan banyak pihak sama ada dari kalangan kakitangan dan pelajar FSK, UPSI sendiri dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain di sekitar Perak terutamanya di Daerah Batang Padang. Terdapat juga kerjasama daripada Pejabat Daerah Raub terutamanya bila melibatkan aktiviti merentas banjaran Titiwangsa dari Kampung Ulu Sungai, Raub ke Pos Bersih, Ulu Slim. Alhamdulillah saya telah terlibat secara langsung dalam projek ini terutamanya dari segi logistik dan pengangkutan. Ia sangat menyeronokkan saya kerana dapat menggunakan kereta pacuan 4 roda (4X4) untuk mengangkut peserta ekspedisi yang keletihan. Ia juga dapat menguji kecekapan dalam pemanduan di jalan off road.

Bersemuka, beramah mesra dan bergaul dengan masyarakat Orang Asli sememang menjadi kegemaran saya. Mungkin kerana saya juga orang asli Sabah (Dusun bah). Cuma, pada penilaian saya, corak dan tahap pencapaian kehidupan mereka jauh tertinggal berbanding dengan suku kaum saya di Sabah. Ini tentunya memerlukan satu formula yang lebih kondusif dan sesuai dengan mereka sekiranya kita benar-benar ingin membantu mereka keluar dari lingkaran 'kemiskinan'. Ini tentunya boleh diperdebatkan.

Dari segi penilaian sama ada program ini berjaya atau tidak, sukar untuk saya berikan jawapan buat masa ini. Cuma kalau kita merujuk kepada matlamat program iaitu sekadar memberikan khidmat masyarakat buat sementara sahaja, itu memang tercapai. Walau bagaimana, sekiranya matlamat kita lebih jauh dari itu iaitu untuk membawa masyarakat Orang Asli ini sejalan dan seiring dengan penduduk Malaysia yang lain, caranya bukan sekadar program ini sahaja tetapi mestilah sesuatu yang bersifat long term. Dan hasilnya juga tidak akan kita temui dalam masa yang singat. Ia memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak terutamanya para pemimpin, pejuang hak asasi, cendekiawan dan yang paling penting sekali ialah di kalangan masyarakat Orang Asli sendiri. Selagi mereka tidak punya kesedaran, sukar untuk kita membawa perubahan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, kita tidak boleh meletakkan masalah ini kepada satu pihak sahaja, mungkin juga pendekatan kita salah, cara bekerja kita salah sehinggakan ia tidak berkesan, mungkin juga ramai yang buat kerja tak ikhlas 'asal dapat kerja dan dah ada gaji, sudah'. Sikap ini sangat buruk. Melarat pula saya ni, sedangkan saya sekadar nak berkongsi maklumat program ini sahaja sebenarnya.

Saya sangat gembira bila dapat bermain bola sepak bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli di sini. Ia satu pengalaman yang sangat berguna. Pada hemat saya, mereka punya stamina yang baik, jauh lebih baik daripada saya dan juga rakan-rakan dari UPSI saya kira. Cuma, mereka tidak dilatih dengan baik. Saya percaya sekiranya mereka dilatih melalui satu program yang ikhlas, mereka boleh menjadi pemain bola yang baik. Mungkin melalui program sukan juga mereka boleh dibawa keluar dari kepompong kehidupan yang sempit. Ini cuma satu pandangan.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut dan saya mohon maaf sekiranya saya tertidak menjalankan tugas dengan baik. Mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada setiap yang kita lakukan dan mengampunkan kesalahan kita yang tidak sempurna itu. Di sini saya tunjukkan sijil yang saya dapat daripada program tersebut. Bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi nak dijadikan bahan bukti sahaja. heh eheehe. jumpa lagi, adios.

Contoh sijil penghargaan daripada KPT. Terima kasih KPT.

Sunday, February 19, 2012

AWESOMENESS: Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..

AWESOMENESS: Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..: Mak. .... Terla lu bosan rasaa duduk membi lang hari. .... Dah hampi r sepul uh bulan mak pergi , Rasan ya baru semal am mak pel...

Thursday, February 2, 2012

Latihan Ilmiah Pelajar Sem. 8, Jabatan Sejarah UPSI Sesi 2011/2012

Assalamualaikum wbth, salam sejahtera, daa jia hao, vanekem.


Semester 1 Sesi 2011 dan 2012 yang lalu, saya telah menyelia 11 orang pelajar tahun akhir untuk Latihan Ilmiah mereka. Alhamdulillah tidak dinafikan ada yang hebat maknanya cemerlang dan tidak kurang juga yang sederhana. Kepada yang cemerlang, saya ucapkan tahniah dan kepada yang kurang menyerlah, anda sebenarnya bukannya tidak berbakat dalam dunia akademik sejarah tetapi mungkin kerana beberapa kekangan dan mungkin juga kelemahan dalam pengurusan Latihan Ilmiah maka Latihan Ilmiah yang dipersembahkan itu tidak mencapai tahap cemerlang. Setiap Latihan Ilmiah itu dinilai oleh 2 orang pensyarah yang berlainan dan hasil penilaian mereka juga tentunya berbeza. Cemerlang bagi pensyarah A tetapi hanya sederhana sahaja bagi pensyarah B dan begitulah sebaliknya. Di sini saya senaraikan Latihan Ilmiah yang telah saya selia sebagai tatapan umum.

1. Maria Gray A/P Michel, 2011. Sejarah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Merlimau Dari Tahun 1968 Sehingga 2000. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

2. Mohd. Nazri Bin Ahmad Saian, 2011. Institusi Penghulu Di Batu Pahat 1945-2010. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

3. Mahadzir Bin Mahdini, 2011. Sosioekonomi Daerah Meradong 1945-2010.  Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

4. Mastura Binti Henry, 2011. Penyakit berjangkit Di Negeri Sabah Pada Tahun 1888 Hingga 1963. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

5. Hamizah Binti Hamdi @ Abdul Rashid, 2011. Pengurusan Tanah Wakaf Di Georgetown: 1967-2005. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

6. Qurratu Aini Binti Abu Bakar, 2011. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar Selangor (1959-2010).   Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

7. Jalisa Juni, 2011. Perkembangan Pelancongan Di Daerah Ranau, Sabah (1963-2000).  Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

8. Noorain Binti Zainal Abidin, 2011. Pendidikan Aliran Agama Di Kluang Pada Tahun 1950-2010.  Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

9. Azwan Bin Musah, 2011. Perfileman Melayu 1957-1970an.  Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

10. Aseriyana Binti Abd. Rashid, 2011. Perkembangan Sosioekonomi Masyarakat Felda Rimba Mas 1984-2010.  Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

11. Hafizuddin Bin Ramli, 2011. Darurat 1948-1960: Ancaman Komunis Di Negeri Kelantan Dan Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan Dalam Mengatasinya, Kajian Kes Di Pasir Mas, Pasir Puteh Dan Gua Musang.  Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

Sekian untuk tatapan. Sekiranya ada di kalangan kalian di luar sana yang berada dalam dunia akademik dan mendapati bahawa terdapat di kalangan Latihan Ilmiah ini yang dicedok atau ditiru atau diplagiat daripada mana-mana Latihan Ilmiah atau kajian saudara/i, sila maklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Kita tidak mahu berlaku kecurangan akademik.


Yunus Sauman Sabin
UPSI