Aktivitiku 2002

Aktivitiku 2002
Tangga purba di Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Wednesday, January 30, 2013

Perginya seorang arkeologis Malaysia

Assalamualaikum wbth, salam sejahtera, daa jia hao, vanekem.

Sebenarnya saya agak terlewat untuk menuliskan hal ini di sini kerana kekangan waktu yang sangat menghimpit. Saya merujuk kepada kepulangan Sdr Adi Taha (rahimahullah) ke pangkuan Allah buat selama-lamanya. Pertamanya saya memanjatkan doa semoga dia telah diampunkan oleh Allah sebelum ajalnya dan seterusnya rohnya ditempatkan di sisi orang yang mendapat rahmatNya. Di sini saya mengimbas sedikit sebanyak sejarah perkenalan saya dengan beliau. Saya mula terjun dalam bidang arkeologi ini secara serius pada penghujung tahun 1997. Waktu itu saya masih belum mengenali beliau. Bilamana saya selalu berada di kampus, setiap jumaat saya akan bersolat jumaat di Masjid Akademi Islam Universiti Malaya. Di sana saya sering bertemu beliau tetapi saya tak pernah tegur sebab saya tak kenal. Semasa saya dihantar oleh Leong Sau Heng ke Lembah Bujang pada September 1997 untuk belajar kaedah ekskavasi daripada Supian Sabtu juga saya masih tak kenal beliau. Begitu juga semasa saya mengikuti ekskavasi di Lembah Bernam pada November 1997 juga saya masih belum mengenali beliau. Hanya apabila saya menghadiri salah satu forum di Jabatan Muzium dan Antikuiti pada awal tahun 1998 dan Leong Sau Heng memperkenalkan saya kepada beliau, barulah saya realised bahawa itulah orang yang bernama Adi Taha. Dan, ketika itu dia juga cam saya. Dia kata "saya selalu berjumpa dengannya di masjid".

Alhamdulillah perkenalan pertama saya dengan arwah sebenarnya bermula di masjid meskipun kami tak pernah saling tegur-menegur tetapi sudah saling cam-mengecam. Perkenalan kami seterusnya menjadi lebih rapat apabila saya bersama Leong Sau Heng telah berjumpa dengan arwah di pejabatnya pada pertengahan tahun 1998 untuk memohon peruntukkan ekskavasi arkeologi di Gua Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah. Alhamdulillah, ekskavasi tersebut telah berjaya dan sewaktu di lapangan, beliau telah melawat kerja-kerja penggalian kami.

Pada bulan April 2001, saya telah ditemuduga untuk jawatan kurator dan beliaulah yang menemuduga saya bersama seorang lagi pegawai di JPA. Kemudian pada 28 Julai 2011, saya telah melapor diri sebagai kurator di JMA dan orang pertama yang saya jumpa ialah arwah Adi Taha. Bermula dari itu dia menjadi bos saya. Sepanjang saya menjawat jawatan kurator, banyak pengalaman pahit manis bersama beliau. Satu perkara yang sangat tersemat di dada saya ialah, beliau seorang yang pemurah terutamanya hal duit. Kalau ada masalah duit sikit-sikit, arwah tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan. Pernah sekali seorang profesor dari Jepun datang ke JMA dan arwah meminta saya membawanya pergi melawat tapak di Melaka. Waktu tu saya tak banyak duit, dia hulurkan duit peribadi utk minyak dan tol tapi saya tolak. Bukan berlagak tetapi segan. Beliaulah yang bertanggungjawab membawa saya ke IPPA Congress di Taiwan pada tahun 2002, beliau juga yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai ekskavasi arkeologi di Kota Bukit Malawati, Kuala Selangor dan meluluskan peruntukkannya. Beliau juga yang menegur laporan saya sekembalinya dari Taiwan, untuk tujuan penambahbaikan dan banyak lagi yang tak mungkin dapat saya coretkan dalam ruang dan kesempatan yang singkat ini.

Sewaktu saya meninggalkan JMA, beliau bercakap kepada saya secara peribadi yang dia sebenarnya berat hati nak melepaskan saya tetapi beliau tidak ada hak untuk menghalang keinginan saya untuk beralih tempat kerja. Saya juga agak sedih pada ketika itu dan terus terang saya katakan, kata-katanya membuatkan saya serba salah dan dilema. Selepas saya meninggalkan JMA, beliau tidak melupakan saya, saya dijemput untuk bersama-sama menjadi penyelidik untuk mencari Kota Purba Lenggiu pada tahun 2004 dan kemudian mengikuti program Trans-border archaeology bersama kerajaan Thailand di Selatan Thai dan utara Malaysia pada tahun 2005. Lawatan IAAM ke Manila pada Julai 2009 yang lalu nampaknya menjadi program bersama kami yang terakhir. Berdasarkan kepada tindakannya kepada saya dan juga kepada kawan-kawan yang lain, saya tahu niatnya suci iaitu untuk melahirkan pelapis arkeologi di Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti atau JMM pada hari ini. Justeru, terserah kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk terus menapak maju ke hadapan sebagai arkeologis. Catatan dari seorang anak murid kepada gurunya.

5 Hari 4 Malam ke Negeri Di Bawah Bayu

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera, daa jia hao, vanekem om kopisanagan tangaadau. Hari ini saya nak kongsi pengelaman menaiki kapal terbang yang tak seronok sangat. Pada hari rabu lepas bersamaan 23 Jan 2013, saya balik ke kampung halaman di Sabah untuk melawat emak dan keluarga saya. saya rindukan mereka. Cuma kali ini saya balik seorang diri dengan meninggalkan isteri dan anak-anak di Kalumpang, Kuala Kubu Bharu Selangor. Ya, maklumlah, mereka tak cuti dan bajet juga tak berapa banyak. Saya menaiki penerbangan MAS pesawat tak ingat tetapi Boeing 737-800. Seperti biasa saya menunggang motorsikal saya ke KLIA dan parking di sana. Diringkaskan cerita, semasa nak landing kat KKIA tu, Ya Allah kasar sangat landing nye. mcm nak terhempas kapal terbang tu sampai terlambung-lambung kami dibuatnya, lepas tu kapal mcm nak senget ke kiri. Nasib baik tak de ape2. Alhamdulillah. Saya dah nekad nak bgtau kat kapten yang landing kali ni sangat teruk dalam hidup saya. Masa nak keluar tu, kapten tak keluar, yg tunggu tercegat hanya ketua pramugara dan pramugari. Saya tetap bgtau yang landing tak bagus. Dia kata 'kami minta maaf'. Ok bah kalau kau.
Aku menaiki bas ke terminal dan mencari bas ke sepanggar pula sebab saya nak turun kat Kuala Menggatal. Di sana abang saya sudah menunggu. Saya solat dan terus memandu ke Telupid dengan kereta abang saya. Saya singgah di Kundasang dah gelap, minum2 dulu tapi memang tak bestlah jalan seorang tanpa family, rasa mcm kera sumbang. He he eh ehe... Saya terus ke Telupid dan sampai di rumah pada pukul 10.30 mlm. Diorang tak tidur lagi, saya terus jumpa mak dan peluk sebab saya sangat rindukan dia.
Jumaat pagi saya bertolak ke Tamparuli, singgah di Mosilou utk solat Jumaat kemudian ke Kampung Rungus tempat kelahiran ku dan tempat aku membesar sebagai seorang kanak-kanak dan remaja. Aku berjumpa dengan ayahku dan adik ku di sini, rumah lama kami. Ia adalah satu kenangan, cuma semacam tak berapa nak happy. I pun tak tau, mungkin sebab persekitaran kampung yang dah padat, tak mcm 30 tahun dulu. Banyak perubahan di sini sekarang, elektrik dah ada walaupun selalu sangat trip dan tak de elektrik. Cuma bekalan air masih tidak sempurna dan yang paling menyedihkan ialah jalan raya yang masih belum diupgrade dari dulu kini dan selamanya. Ia masih sama seperti ia mula-mula dibina pada tahun 1980. Laa ni dah 33 tahun, penduduk kampung masih merayu dan terus merayu tetapi masih belum ada perubahan dari para pemimpin yang kononnya dipilih oleh rakyat. Saya rasa dlm hal ini, silap penduduk juga yang masih terus memilih calon pemimpin yang tak buat kerja. Ada satu perubahan sikap yang baik segelintir penduduk kampung yang saya puji iaitu cuba mendisiplinkan diri untuk tidak menangkap ikan di sungai yang telah dibombon. Namun, berdasarkan cerita-cerita kampung yang saya dengar, ramai juga yang mencuri-curi utk menangkapnya.
Keesokannya saya ke Tuaran utk membeli beberapa barangan. Saya beli sekilo ikan bilis halus, sekilo ikan masin, kuih cincin dan yang paling penting saya beli PUKAT. Size 4 inci, tinggi 8 kaki dan panjang 150 kaki. Saya nak pasang kat sungai kalumpang yang ada ikan besar2 dan juga di lombong2 area perak sana. Petang nya saya ke Telipok, singgah minum air kelapa di Salut dan kemudian menumpang tidur di Kuala Menggatal. Esoknya saya ke KKIA dan kembali ke Malaya. Saya dapati motor saya dalam keadaan baik dan terjaga. Alhamdulillah dan terus menunggang ke Tanjung Malim.

Tuesday, January 8, 2013

Penemuan Arkeologi Terkini Di Pahang

Jurnal Arkeologi Malaysia, Bilangan 25, 2012. ISSN 0128 - 0732. Dalam Jurnal bilangan 25 ini, alhamdulillah saya telah menyumbangkan satu artikel berkenaan dengan penemuan arkeologi terkini di Pahang. Artikel ini sebenarnya merupakan laporan hasil survei yang kami lakukan pada awal tahun 2012 di Kampung Jeransang-Sempadan dalam daerah Lipis dan Jerantut. Tapak ini mungkin mempunyai potensi arkeologi yang sangat signifikan kepada zaman prasejarah di Pahang dan insyaAllah ekskavasi akan dijalankan di sini suatu hari nanti. InsyaAllah laporan mengenai ekskavasinya akan dipaparkan kemudian.
Muka hadapan JAM Bil 25.
Sebahagian isi kandungan jurnal.
Muka surat hadapan artikel yang gua tulis.

Penerbitan Terbaru Orang Sungai Sabah

Buku tentang Orang Sungai di Sabah.