Aktivitiku 2002

Aktivitiku 2002
Tangga purba di Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Friday, February 6, 2015

Sabtu yang mendamaikan

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana masih hidup hingga ke hari ini. Sejak awal pagi lagi, saya mulakan kerja membancuh simen untuk membuat konkrit asas tiang. Menyambung kerja2 semalam yang hanta tertumpu kepada mengorek lubang tiang sahaja. Lepas ni, nak dirikan tiang pula walupun masih ada 4 lubang tiang yang masih belum digali. Buat kerja pada waktu awal pagi ini sangat baik kerana cuaca masih tidak panas dan masih bertenaga. Selepas menuang konkrit untuk kesemua 4 lubang tiang, saya berehat. InshaAllah lewat petang pula sambung balik utk cuba tegakkan tiang. Sangat berat konkrit tu... menggunakan kudrat tulang 4 kerat ni seorang diri, memang meletihkan. Tetapi ada kepuasan sebab saya tak perlu minta tolong orang lain. Selagi saya boleh buat, inshaAllah saya akan buat seorang2. Hu huhuuu... InshaAllah jika ada rezeki, raya Cina ni nak gi menggali untuk ekskavasi arkeologi pula. tunggu kelulusan permohonan lesen penggalian. Masa penggalian tu nanti, kalau ada kesempatan, saya akan update. hu huhuuhuuh... Bye kawan2. selamat berhujung minggu.

4 comments:

  1. Salam encik, saya merupakan pelajar tingkatan 4 dan bercita-cita utk menjadi seorg arkeologist. Boleh saya tahu ttg apakah subjek2 apa yg perlu dititikberatkan di skolh utk memudahkan saya ke bidang arkeologi di universiti kelak? dan boleh saya tahu ttg jalan hidup yg perlu ditempuhi encik sebelum menjadi seorg arkeologist? selain itu, saya juga nak tanya apakah universiti2 luar negara yg menawarkan bidang ini? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas post adik. wow... saya sanjung minat dan iltizam adik tu. sangat bagus. Arkeologi ni boleh dari bidang sains ataupun satera. Kalau mahir dalam kedua-dua bidang, itu lagi bagus. Buat masa ni saya syirkan adik beri tumpuan kepada mata pelajaran sejarah, BI dan kalau dapat subjek sains lagi bagus. sebab sekarang ni, analisis dalam arkeologi banyak menggunakan kaedah sains tetapi penafsirannya dalam bidang kemanusiaan (aliran sastera). Perjalanan hidup saya dahulu sangat sederhana, biasa sahaja. saya ambil SPM, STPM lepas tu ke Jabatan Sejarah UM (1st degree dan master) lps tu saya bekerja sebagai kurator muzium dan berpindah ke UPSI sebagai pensyarah dan buat PhD di UKM. Di luar negara, kursus arkeologi banyak. di eropah, amerika, australia atau di jepun, korea dsb.. banyak institusi yang menawarkannya. Saya kira yg terbaik antaranya ialah di Institut Of Archaeology University College London dan boleh juga ke Australian National University.

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan. Saya ada menonton dan membaca penemuan arkeologi di Sangiran, Indonesia yang turut menemui fosil haiwan dari era Holocene, fauna-fauna gergasi. Apakah di Malaysia tidak ada lagi penemuan sebegitu? Sebelum ini kita di war-warkan dengan penemuan fosil dinasaur yang hidup di zaman Permia (jenis Synapsids) jika tidak silap saya, walau pun fosil yang ditemui itu dikhabarkan hanya gigi. Soalan saya, adakah kita masih belum lagi menjalankan ekskavasi yang lebih untuk mengenali apakah flora dan fauna yang pernah ada di bumi Malaysia kita 1 juta atau 2 juta tahun dahulu? Sekian soalan saya sebagai seorang peminat arkeologi dan sejarah.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan, saya sedang membuat buku sejarah mengenai pulau Gaya,Sabah. Berdasarkan rekod British terdapat penempatan kolonial British yang dibina pada tahun 1883, namun ia telah tiada. Saya berhasrat untuk membuat kajian akreologi secara persendirian. Mohon pandangan dari segi kelulusan,kos/dana desbnya.
    Tkasih
    Roslan

    ReplyDelete